Kebaikan dan Keburukan Tingkatan 6


Sudah sepenggal melalui alam persekolahan di tingkatan 6 High School Bukit Mertajam, akhirnya barulah terlintas nak mengarang sikit tentang kebaikan dan keburukan tingkatan 6 atau sekarang lebih dikenali sebagai pra-universiti berbanding dengan diploma dan matrikulasi.

Sini aq nak briefing sikit tentang Tingkatan 6 : Tingkatan 6 merupakan salah satu jalan cepat nak masuk universiti di samping matrikulasi dan asasi. Tingkatan 6 menduduki peperiksaan STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia) iaitu peperiksaan yang dikelolakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Badan Berkanun yang sama mengelolakan MUET (Malaysian University English Test). Rasa-rasa korang semua kalau di Singapore panggil apa ye? takkan SUET kot? hehehehe . Ok2... back to our topic.... jadi STPM ni mmg susah ya amat la ye.. Berbanding dengan peperiksaan awam yang lain seperti UPSR, PMR sekarang PT3, dan SPM yang dikelola oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Kadang2 MPM dan KPM ni tak ngam dari segi sukatan pelajaran. Jadi jgn terkejut kalau ada berbeza dari yang belajar di form 5. Bukan cikgu ajar salah, tapi mmg silibus (jalan kira) x sama.

KEBAIKAN :
  • Sudah boleh berpakaian bebas/casual. (Mula tahun ini sudah dikeluarkan pekeliling oleh kerajaan. so jangan takut ada sekolah yang tak bagi pakai ke apa ke. )
  • Yuran persekolahan yang sangat murah ( High School hanya bayar untuk t-shirt rasmi dan yuran PIBG shj rasanya. Tak sampai RM300 pon.)
  • Boleh pilih sekolah ( Pilih yang paling dekat dengan rumah korang lah ye)
  • Boleh memandu kereta atau mengunggang motosikal. (Tak perlu tinggal di asrama, nak pergi kelas tak payah jalan kaki jauh, naik bukit, turun bukit, redah panas.. sampai2 depan kelas habis mekap cair boleh buat bubur.)
  • Guru yang berpengalaman. (Hanya guru yang diiktiraf sahaja boleh mengajar tingkatan 6, tak ada cikgu yang bidan terjun atau nurse terbang ye, semua sudah sangat professional sebab sangat lama mengajar).
  • Peperiksaan yang tersusah dan diterima hampir di seluruh dunia. (STPM merupakan salah satu peperiksaan yang paling susah di dunia, tambah2 apabila yang ditukarkan kepada sistem semester)
  • Senang hendak masuk ke universiti. Hanya perlu pointer CGPA 2.8 minimum. (Bukan setakat dapat ponter rendah boleh masuk, siap ada kuota untuk lepasan STPM tau)
  • Standard Tingkatan 6 setaraf A-Level (Kalau sesiapa teringin nak sambung degree di overseas yang paling dekat iaitu Singapore, lepasan STPM diterima disana).
  • Sijil STPM laku dan boleh dijadikan medium untuk mencari pekerjaan.(Matrikulasi sijil kurang diterima dalam pasaran sekarang kerana sijilnya tidak diiktiraf oleh JPA).
KEBURUKAN : 
  • Suasana yang sama seperti dahulu. (SEKOLAH)
  • Kurang glamour. (korang nak belajar ka nak glamour?)
  • Banyak PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) atau kita panggil assinment.
  • Tak boleh lari presentation. Contoh, Selepas buat PBS Pengajian Am, kena buat presetation (Semester2)
  • Kena belajar bersungguh2, tak boleh main2. sebab exam masa semak kertas soalan mmg sangat strict.
  • Nampak ambil 4 dan 5 subjek macam sikit, tapi dia punya silibus mmg panjang nak gila. Belajar ekonomi masuk sampai akaun, belajar akaun masuk sampai mathematics.. 
Subjek Tingkatan 6 :
  • 900 Pengajian Am
  • 910 Bahasa Melayu
  • 911 Bahasa Cina
  • 912 Bahasa Tamil
  • 913 Bahasa Arab
  • 920 Literature in English (Sastera Bahasa Inggeris)
  • 922 Kesusasteraan Melayu
  • 930 Syariah
  • 931 Usuluddin
  • 940 Sejarah
  • 942 Geografi
  • 944 Ekonomi
  • 946 Pengajian Perniagaan
  • 948 Perakaunan
  • 950 Mathematics S (sekarang Mathematics M)
  • 954 Mathematics T
  • 956 Further Mathematics T (This subject closed already)
  • 958 Computing
  • 960 Physics (Fizik)
  • 962 Chemistry (Kimia)
  • 964 Biology (Biologi)
  • 966 Sains Sukan
  • 970 Seni Visual

Sukatan Subjek Mathematics:
Mathematics M
  • Algebra and Calculus
  • Statistics
  • Financial and Decision Mathematics
Mathematics T
  • Algebra and Geometry
  • Calculus
  • Statistics
Further Mathematics (CLOSED)
  • Discrete Mathematics
  • Alegebra and Geometry
  • Calculus

Gred STPM:
Gred kertasGred mata pelajaranNilai gred subjek (SGP)Markah (%)[6]Status
AA4.0080 - 100Lulus penuh
A-A-3.6773 - 79Lulus penuh
B+B+3.3367 - 72Lulus penuh
BB3.0060 - 66Lulus penuh
B-B-2.6753 - 59Lulus penuh
C+C+2.3347 - 52Lulus penuh
CC2.0040 - 46Lulus penuh
C-C-1.6737 - 39Lulus sebahagian
D+D+1.3333 - 36Lulus sebahagian
DD1.0030 - 32Lulus sebahagian
FF0.000 - 29Gagal

Comments

  1. klo form 6 , bape subject wajib amik?

    ReplyDelete
  2. Dan berapa subjek boleh ambil?

    ReplyDelete
  3. hari persekolahan macam hari persekolahan biasa ke?

    ReplyDelete
  4. macam mana nak kira cgpa kita kalau untuk stpm. contoh first sem phy dapt b,second sem pulak dapat a,third sem dapat b+, so dia ambik result untuk sem tiga ke? atau macam mane?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia kira sekali untuk ketiga-tiga sem + kerja kursus. dan bagi subjek Physics ada wajaran tersendiri untuk setiap paper. Lain subjek, lain wajaran. Boleh tengok cara mpm kira ikut wajaran keputusan saya di "This Month Trending"

      Delete
    2. kalau kita dapat tawaran dekat tempat kita then kita nak sambung f6 dekat tempat lain macam mana ek?

      Delete
    3. Boleh masuk je dulu kat tempat yg dpt tawaran tu,pastu boleh mohon pindah sekolah

      Delete
  5. nak tanya, dekat bm high school ada seni visual dak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada. Tapi kawan saya ada ambil seni visual dalam kelas sastera. Dia ambil sekali dengan pengajian am, sastera melayu, bahasa melayu, sejarah. Untuk result pula, saya tak pasti dia dpt berapa.

      Delete
    2. Seni visual dalam kelas sastera. Maksud dia seni visual ada dekat bm high school? Kawan awak tu dia amek seni visual + pengajian am + sastera melayu + bahasa melayu + sejarah. 5 subjek la dia ambil?

      Delete
    3. Ya 5 subjek. Subjek seni visual x ada secara rasmi dlm high school. Tapi boleh saja tambah. Pasal pembelajaran dan pengajaran saya tak tahu pula. Sama ada dia belajar sendiri atau ada cikgu yg ajar.

      Delete
  6. As'salamualaikum,kalau ambil Kemanusiaan dalam STPM bole sambung kos Engineering dkt mana-mana university tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kemanusian STPM x boleh sambung Engineering. kena ambil aliran sains

      Delete
    2. kalau amik kemanusiaan. . nak smbg architecture kat uni mana2? boleh ke

      Delete
  7. untuk maklumat semua, siapa yg nnak smbung engineering,jgnlah masuk STPM ya..susah nak campete nanti

    ReplyDelete
  8. Saya dapat tawaran f6 dalam jurusan sains tapi saya x sure nak masuk ke x sbb on the same time nak tunggu tawaran upu.lagipon saya mmg minat sains. So saya patut masuk dulu f6 ke atau tunggu upu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya nasihatkan daftar masuk dulu dalam form 6 sebagai langkah berjaga2. Nanti kalau dah dpt upu boleh sahaja berhenti dan sambung upu. In case kalau upu nanti x dpt, awak dah secure tempat di form 6. Jangan risau ya, kalau awak accept form 6 dia x akan jejaskan permohonan awak di upu. ^_^

      Delete
    2. Ermm saya ada satu soalan lagi. Dalam borang permohonan saya die x nyatakan nama sekolah yg saya patut daftar die cuma cakap rujuk JPN sahaja boleh saya tau mcm mana nak dapatkan nama sekolah yg saya kene daftar tu??

      Delete
    3. Kena pergi ppd/jpn dik. Mereka akan bagi sekolah yg dekat dgn alamat rumah dalam ic.

      Delete
    4. Owhh okok terima kasih ye bang atas perkongsian.

      Delete
    5. Owhh okok terima kasih ye bang atas perkongsian.

      Delete
  9. saya dapat aliran sains tapi saya nak masuk perakaunan. macammana eh? lagi satu, subjek yang boleh ambil kan ada empat. kita pilih sendiri empat2 tu atau ditetapkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam saya dulu dpt aliran agama dan nak tukar kpd aliran kemanusiaan ( akaun ) saya pergi ke ppd. Minta borang tukar jurusan. Tapi mmg kena daftar dulu di sekolah yg awak dpt tu.

      Delete
    2. Bagi yg subjek tu pula. Awak kena alert siap2 subjek apa yg awak nak untuk ke degree. Kalau minat akaun, cari sekolah yg tawarkan subjek akaun. Selalunya ada dua jenis kombinasi shj.
      1. Pengajian am, Perakaunan, Ekonomi, Mathematics M
      2. Pengajian am, Perakaunan, Ekonomi, Pengajian Perniagaan

      Delete
  10. pengajian am mmg wajib kena ambil kan? tpi lgi 3 atau 4 subjek boleh pilih sendiri atau ditentukan ikut aliran yg kita dpt?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pilih sendiri. Tapi kena pastikan sekolah yang awak nk masuk tu ada ditawarkan subjek tersebut ^_^

      Delete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pon x pasti. Sebab saya masa nak tukar jurusan dulu x ada libatkan sekolah. semuanya ppd dan jpn direct. lgi cepat rasanya.
      Surat sekarang boleh print online ^_^

      Delete
  12. assalamualaikum.. sy nk tnya, klau sy nk smbung form6 bukan tmpat yg d dftarkn mcm mne ye ? krna urus surat pindah lgi eh ?

    ReplyDelete
  13. atau boleh berurusan dgn ppd trus ?

    ReplyDelete
  14. Form 6 ni susah sangat ke? Like really tough? Mmg kena hari hari study nonstop ke??. And ada tuition ke utk form 6 ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah tu mmg susah, sebb soalan stpm dicontrol kualiti dia. Tapi x perlu kot sampai study non stop bagai ^_^. Ada tuition utk form 6 di sini ( bukit mertajam ) tapi aliran sains , akaun, math m, ekonomi, shj kalau x salah.

      Delete
  15. Sy nak tnya skit....high school bm ada account x?

    ReplyDelete
  16. saya dapat jurusan kemanusiaan di bm high school 4 mei kena pi daftar , nak tanya subjek sains sukan ada ditawarkan di sekolah ini ka......kedua nak tanya 4/5 subjek tu dah masuk kira MUET ka

    ReplyDelete
    Replies
    1. sains sukan tak ditawarkan, tapi rasany boleh ambil sendiri. tak stpm x masuk muet. muet itu exam asing ya :)

      Delete
  17. Sy nk tnye...urm...selalunye..sesi pembelajaran start selepas daftar atau selepas beberapa minggu mendaftar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sampai beberapa minggu, tapi dalam 2 atau 3 hari dah mula belajar

      Delete
  18. Saya dapat tawaran matrikulasi..tapi x berminat nak masuk..i'm more interested dlm form 6..plan nak masuk form 6 utk standby kalau result upu x dpt mna2..Adakah saya kena tolak dahulu tawaran matrikulasi tu?atau saya boleh contact sekolah yg saya berminat nak lanjut form 6 terus daftar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam saya dulu saya tolak matrikulasi lepas tu masuk form 6. Awak serious nak masuk form 6?
      Tolong bagi id wechat kat saya. saya nak sembang sikit pasal benda ni.

      Delete
    2. Massage saya di instagram as soon as possible.

      Delete
  19. Saya dapat tawaran tingkatan enam..jurusan kemanusiaan .boleh tak nanti saya nak sambung kos senibina?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh sangat. ambilah nanti msa form 6 subjek seni visual :)

      Delete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. Mcm mne dgn stpm kamu? Adakah ianya baik? Cgpa brp?, saja tanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh baca di post trending this month kat atas. Di situ saya tulis lengkap. ^_^

      Delete
  22. Boleh x nk tanya high school bukit mertajam ni ada berapa aliran?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pon x berapa ingat dah. Rasanya ada perubahan sikit.
      sains 2 kelas. Sastera 5 kelas.

      Delete
  23. kalau sy ambil subjek peng. am, eko, sej and bm, masa U nanti course apa sy boleh apply? dan kalau sy ambil peng. am, eko, prinsip akaun dan peng. perniagaan, course apa sy boleh apply? and mana satu antara dua pilihan ni yg lagi mudah.

    ReplyDelete
  24. kalau saya amik geografi subjek ape lg yg trmasuk?? mathematics trmasuk skali ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu kena ikut subjek apa yg ditawarkan di sekolah tersebut :)

      Delete
  25. salam boleh saya bersembang dengan tuan punya blog ni jikalau ada account boleh bagi tak . i really need your help

    ReplyDelete
  26. salam boleh saya bersembang dengan tuan punya blog ni jikalau ada account boleh bagi tak . i really need your help

    ReplyDelete
  27. sy dpt twrn ke matrikulasi dlm bidang sains.tp sy risau sy dh tak mmpu nk bwk sains.so sy brminat utk pergi ke f6 dlm jurusan kemanusiaan.sy ingin mnjdi seorang guru bhsa inggeris.jd sub ape yg harus sy ambil di f6?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh saja jadi guru bahasa ingeris melalui form 6. Subjek tu saya tk berapa pasti. Tapi yg pasti untuk jdi cikgu BI MUET kena Bnd 4 dan ke atas.

      Delete
  28. Salam.sy nk tny, sy dpt tawaran upu kos sains komputer, skrg ni sy form6 jurusan kemanusiaan,.sy ambk 5 sbjek. Bm,geog,sej,eko,p.a.. kalau sy stay form 6 ,blh ke nnti sy nk buat degree kos sains komputer?. Sbb stpm sy bkn dari jurusan sains

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh dik. Lebih baik adik terima upu. Sebb nanti bila dah habis stpm kos sains komputer hnya yg stpm aliran sains shj yg dpt mohon.

      Delete
  29. salam sya dri kls kemanusian blh kea sya ambk seni bina nnti n klu sya tukar kelas sains masih boleh kea saya ambk seni bina ...sya nak nme isntagrm encik ..mudah skit utk berbual

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Boleh rujuk link ni ya https://online.mohe.gov.my/upu/emas/index_syarat.php?pagefunc=syaratByBidang&carian1=008&carian2=AS&carian3=A

      Delete
  30. Kalau ambk subjek pengajian am, bm, ekonomi, geografi..nnt klau nk smbung belajar leh ambk kos ape ek? Pekerjaan yg ditawarkan?

    ReplyDelete
  31. Nampak nya diploma lebih cool...bagi aku kalau amik stpm bdang kemanusiaan/sastera...besa ja ...klu amek sains tulen aku setuju...walaupun susah tapi ada kebaikan masa hadapan...org kata biar bersusah susah dahulu....klu xsilap 2.7 dah layak msok
    USM...klu sastera tu 2.7 tu kira ikut tibal ja dpt kos nanti....fikir2 lah dahulu...yg penting nk belajaq...aku student diploma...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena faham bro. STPM dan Matriks adalah short way utk ke degree. Diploma pula adalah utk kerja sebagai pekerja separa profesional. Boleh rujuk kaunselor halatuju lepas spm. Tapi bagi saya ok ja saya aliran sastera pon. Dpat juga temuduga di UM hari tu. Rezeki di tangan Allah. Yang penting ada usaha. ^_^
      Tapi diakui mmg budak diploma bagus dlm presentation dan dpt credit transfer.

      Delete
    2. Bro penah masuk stpm ka...kalau belum tak payah sembang kencang la...belajar dulu la ..baru tau susah ka senang...

      Delete
  32. Salam. Nak tnya kalau sy ambek bm, sej, perniagaan, pngajian am, muet. Klo deg nnti sy boleh ambek bidang ape ye??

    ReplyDelete
  33. Salam. Nak tnya kalau sy ambek bm, sej, perniagaan, pngajian am, muet. Klo deg nnti sy boleh ambek bidang ape ye??

    ReplyDelete
  34. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  35. Nak tanya. Kalau sy ni dpt skola dkt ngn umah.. Dpt sains tapi taknk n dh ke ppd utk urusan pertukran sekolah n aliran. Jadi skrg ni sy perlu hadir ke sekolah yg telah sy terima ataupun tidak? Sebab ada baca yg dia tunggu je kt rumah smpi la dpt surat pengesahan pindah ke sekolah yg kita nak diluluskan... Tlg jawab.. Huhu.

    ReplyDelete
  36. Alskm, bg nak tnya pbs ni kene buat patah perkataan smpai beribu-ribu ke ? ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam,aku baru habis STPM dan yes STPM punya PBS sampai beribu-ribu patah perkataan.Hahahaha

      Delete
  37. assalam. boleh pilih subjek ke yg mne kita nak amik ? dan berape pointer yg patut kite capai utk masuk ke u?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam boleh pilih tapi kne tengok jugak sekolah tu ade sujek apa je sbb tak semua sekolah ada subjek yg kita nak and pointer die 2.8

      Delete
  38. Assalamualaikum saye nk tnya saye ex spm thn ni...dan saye minat jururawat..caranya macm mane ye?? Dngn melalui form 6 ni...dan nk tnya kalau f6 yg berdekatan tiada bidang yg x de berkaitan jururawat macm mane ye??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bidang jururawat kene amik stp dlm bidang sains. Subjek wajib yg kene ambil ialah Bio dan kimia. Kalau tmpt berdekatan takde form6 kene la skolah yang ada f6 jauh sikit, atau sambung diploma atau asasi atau matriks

      Delete
  39. Assalamualaikum,saya adalah lepasan spm2016.Sekiranya saya dapat tawaran matrikulasi..tapi x berminat nak masuk..i'm more interested dlm form 6 sbb bnyak klebihan dia.Adakah saya kena tolak dahulu tawaran matrikulasi tu dahulu? Mohon pencerahan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sementara tunggu panggilan matriks, baik stay kt form 6 dulu. Kalau tk dpt matriks. Awak dh secure tmpt awk di f6

      Delete
  40. Assalamualaikum .nk tnye siket ? Saye minat jdi ckgu . tpi result spm tk brape nk ade A haha .so plan ke2 msuk form 6 kn ? Subject yg wajib yg kne amik ape ye . mohon bantu ye :)

    ReplyDelete
  41. assalamualaikum saya nak tanya kalau stp ni dpt pointer tinggi boleh apply oversea kn mcm mne nak tau dpt ke oversea die akan dpt tawaran or kne buat permohonan =)

    ReplyDelete
  42. Assalamualaikum,saya nak tnya,saya mnat untuk sambung kos engineering di universiti.subjek apa yg wajib saya ambil di tngktan 6?mohon pencerahan

    ReplyDelete
  43. Assalamualaikum sye lepasan spm2016..saya nk tnye,selalunye tawaran matrikulasi akan dapat dulu berbanding form 6. Tapi tahun ni form 6 dulu baru matrikulasi. Saya dpt tawaran form 6..adakah ini bermakna saya tak dapat tawaran matrikulasi?

    ReplyDelete
  44. Asslamualaikum..mohon pencerahan. Anak sy dpt tawaran STPM Smak Labu aliran Agama. Sy masih kurang jelas dgn bidang ni..boleh jelaskan sikit apa subjek2 yg perlu d ambil dlm bidang ni. Terima kasih

    ReplyDelete
  45. hello.. nak tanya, kalau saya ambil sub akaun tapi xde maths bole tak ambil course akaun lepas habis stpm d uni nnti?

    ReplyDelete
  46. Start tahun bila subjek further maths dah tak wujud?

    ReplyDelete
  47. assalamualaikum...saya nak ambil architecture..tapi kalau saya sambung dkt form 6 saya patut ambil subjek apa..?

    ReplyDelete
  48. Assalamualaikum. Belajar la dngn sngguh2. Belajar la selagi ada peluang. Aku umur 20 tahun baru form6. Mnysal aku tdk blajar btl2 dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa umur 20 baru f6? Baru apply ke? Time umur 19 and 28 buat apa.

      Delete
    2. Eh silap. Bukan 28. Umur 19 and 18 tu buat apa jer

      Delete
  49. Assalamualaikum, nk tnya skit klau sy nk ambik course interior design nnti bleh ke sy msuk STPM ke kne msuk U terus untuk ke diploma?? Mohon bagi penjelasan...

    ReplyDelete
  50. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  51. Stpm kena daftar kat sekolah yang ditawarkan ke? Saya nak belajar business so kena ambik subjek apa ya?

    ReplyDelete
  52. kalau kita nak pindah form 6 ke tempat lain mesti kite sendiri ke yang uruskan atau ibubapa pun boleh ?

    ReplyDelete
  53. Assalamualaikum,..jika
    saye dtwrkn form 6..lalu ingin menukarkn tmpt pgajian form 6 adakah boleh atau tdk?

    ReplyDelete
  54. Assalamualaikum.. kalau dapat tawaran stpm sains sosial subjek ape yg patut ambil? Harap comment sy dibalas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ADA BANYAK KOS IKUT KEMAMPUAN AWAK, KALAU AWAK HEBAT DALAM SEJARAH BOLEH AMBIL KOS SASTERA DAN KOS BUSINESS TAPI KALAU AWAK MAHIR DALAM KIRA2 BETTER AMBIL EKONOMI ATAU PERAKAUNAN KE AMBIL LAH KOS BUSINESS BEST HEHE

      Delete
  55. Assalamualaikum.. kalau dapat tawaran stpm sains sosial subjek ape yg patut ambil? Harap comment sy dibalas.

    ReplyDelete
  56. assalam..sya nk mnta no.wassap boleh? nk smbg skit

    ReplyDelete
  57. Kalau nak jadi doktor. Ape subjek yg perlu saya ambil?

    ReplyDelete
  58. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  59. Boleh x pakai makeup masa form 6?

    ReplyDelete
  60. Asslamualikum nk tnya muet wajib ambik ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. WAJIB SBB SYARAT NK MASUK UNIVERSITI NNTI AT LEAST BAND 2

      Delete
  61. Hello..boleh tanya..sya dpt tawaran masuk f6 dlm aliran sains sosial...jdi sesuai kh sya jadi nurse?

    ReplyDelete
  62. EH SAYA FORM6 HIGH SCHOOL BUKIT MERATAM JUGA ALHAMDULILLAH BARU HBIS SEMESTER 2 SUSAH TU JGN TANYA LA HAHAHAHA DOAKAN UTK SEM 3 NNTI HEHE

    ReplyDelete
  63. SAYA DARI FORM1 SMPAI FOMR6 KAT HSBM STGY SY TNGOK MAJALAH HABANG YG MANA SATU HUHU

    ReplyDelete
  64. boleh saya tanya, kalau amik kelas seni, boleh ke sambung degree architecture ?

    ReplyDelete
  65. Klau nama Kita tk tersenarai Dalam tingkatan 6..bolehkah Kita Mohon untuk nk masuk tingkatan 6

    ReplyDelete
  66. Hai assalamualaikum saya nak tanya dan saya harap sangat anda reply even skrg dah 2020. Saya nak tanya, saya ingin melanjutkan pelajaran di overseas dan bidang pengajian hartanah, jadi pada pandangan anda apa 4 atau 5 subj yg perlu saya ambil. Terima kasih. Dan kalau boleh saya ingin tahu nama ig anda agar saya dapat bertanya soalan lain. Maaf menyusahkan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. *ingin melanjutkan pelajaran di overseas selepas stpm dalam bidang pengajian hartanah

      Delete
    2. nak tanya sub apa amik course hartanah tu sebab saya baru nak masuk f6

      Delete
  67. Apa akaun ig awak...saya ada hal sikit nak tnya pasal tingkatan 6 kalau boleh nak minta pencerahan...Terima kasih

    ReplyDelete
  68. 2020 here hehe nk tanye kalau sy minat kos smbg degree nanti logistics nanti form 6 sy perlu amik subjek ape..???

    ReplyDelete
  69. aslmkm....sy dpt tawaran upu kat kedah...nak sambung acc kat poli...at the same time sy ragu ii nak pi kr f6 atau nak pi poli....apa pandangan cik yr..

    ReplyDelete
  70. Assalammualaikum...nak tnya..boleh ke pelajar Masa skolah menengah dia kelas sastera tpi masa tingkatan enam nk ambil subjek biology...boleh ke?

    ReplyDelete
  71. Let said markah f6 x bagus ,adakah SPM still valid ??

    ReplyDelete
  72. Saya nak tanya banyakkkk sangat pasal sambung belajar ni.. Boleh chat tak?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bachelor of Science Honour (Statistics) UiTM CS241 Course Outline / Plan of Study / Pelan Pengajian

Pengalaman Mengambil Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)

Life in University: Statistics and me